Sunday, 20 November 2016

PUISI 10
TEMA : KASIH SAYANG/CINTA


Kasihnya aku pada seorang sahabat
Tinggal sebumbung tidur sebantal
Salah dan silap selalu aku perbetulkan
Bergaduh bermasam muka adalah biasa
Membuatkan kami lebih rapat antara sesama


Keakraban itu seperti eratnya pertalian adik beradik
Kasih sayang hari ke hari semakin berputik
Tiada kata untuk diuacap
Kerana zahirnya sudah terungkap


Sahabat ini adalah satu kekuatan
Dimana jika bersandar ia memberi keyakinan
Segala suka duka susah dan senang akan dikongsi bersama
Semoga persahabatan ini kekal selamanya


PUISI 9
TEMA : BUDAYA & WARISAN


Budaya dan warisan dari orang lama
Banyak amalan-amalan mulia
Jangan tinggal kerana ia berguna
Turunkanlah kepada pewaris kita


Tetapi, hari ini kita lihat disekeliling kita
Ramai manusia yang tak mendengar kata
Terutamanya anak-anak muda
Meraka berbahasa seolah kita rakan mereka
Kemana perginya budaya kita


Ayuh anak-anak muda semaikan rasa cinta
Cintakan lah pada bahasa kita
Ikutilah budaya kita
Jagalah pertuturan kita
Hormatilah mereka yang lebih dewasa





PUISI 8
TEMA : ILMU


Ilmu itu adalah pelita kehidupan
Ilmu itu takkan pernah putus
Ilmu itu sangat bernilai
Ilmu itu penyuluh masa depan


Jangan menyerah jagan beserah
Gagahilah usahamu menuntut ilmu
Genggamlah ia semampumu
Supaya kau jadi insan yang berguna


Ilmu yang membezakan kita
Sama ada bijak atau tidak
Jangan berlagak dan bongkak
Kongsilah ilmu agar lebih barokah


PUISI 7
TEMA : SAINS DAN IT


Zaman sudah berubah
Segalanya canggih hasilan dari kepakaran manusia
Otak-otak yang bijak
Menghasilkan pelbagai teknologi canggih


Zaman IT segalanya dihujung jari
Terlalu mudah dari segala segi
Inginkan apa sahaja
Mahukan apa sahaja
Segalanya di depan mata


Zaman moden dunia berteknologi tinggi
Lahirnya insan-insan cerdik pandai
Adanya pakar-pakar yang mencipta dan mereka
Mampu jadikan produk bermutu dan berkualiti tinggi
Jadikanlah ia manfaat buat kita

Gunakanlah dengan bijak
PUISI 6
TEMA : AGAMA


Lihatlah dunia hari ini
Bermacam fesyen digayakan muslimah
Semakin hari semakin tidak senonoh
Kita yang melihat yang rasa malu


Kita umat islam
Kita dibesarkan dengan cara hidup islam
Al-Quran kita jadikan panduan
Tapi mengapa ramai yang tak mengikutinya


Peredaran zaman peralihan tahun
Aurat tidak dianggap dosa
Kerana itu dibuka ditunjuk selamba
Ditegur tapi bagaikan tiada apa


Kita didunia akhir zaman
Pelbagai musibah melanda tandanya kiamat
Ingatlah Allah cepat bertaubat
Agar kita tidak terlambat

Kerana kiamat hampir dekat
PUISI 5
TEMA : KEMERDEKAAN / PATRIOTIK


Hari ini aku dilahirkan kedunia
Tangisku memecah ruang telinga
Bonda mendengar dengan penuh gembira
Dan hari ini hari merdeka


Aku anak merdeka
Inginku berjuang demi negara
Menjadi pembela nusa dan bangsa
Menjaga tanah airku yang tercinta


Merdeka, merdeka, merdeka
Laungan suara bergema
Rakyat bersatu memupuk cinta
Kerana tanah airku bumi pusaka
Mewaris generasi ayah dan bonda




PUISI 4
TEMA : KASIH SAYANG / CINTA


Dalam sepi aku terdiam
Melayani hati dilewat malam
Sunyi dan sepi ia bersatu
Terdampar aku insan yang merindu


Sayang ..
Tak pernah jemu kau menghiburkanku
Menemani disetiap sunyiku
Betapa aku sedang merindukanmu
Betapa aku rindu hangat pelukanmu
Betapa aku rindu belaian kasihmu


Sayang ..
Ingin aku terbang mendapatkanmu
Untuk selalu bersama disampingmu
Juga menemani siang dan malammu


Sayang ..
Biarpun jarak memisahkan kita
Ingatlah bahawa aku selalu ada
Untukmu meluahkan resah didada

PUISI 3
TEMA : ALAM


Pagi yang indah
Suasana terlihat hijau
Kedengaran burung-burung  berkicau
Terbentang luas alam ciptaanMu


Dahulunya alam ini sungguh indah
Tapi kini tercemar dengan sikap yang tak endah
Sampah sarap yang bersepah
Air juga dipenuhi minyak tumpah


Wahai sekalian manusia
Jagalah alam dengan penuh cinta
Untuk kegunaan nanti bagi pewaris kita
Agar bersih cantik dan selesa




PUISI 2
TEMA : EKONOMI


Dunia hari ini
Kugagahi kudrat menongkat kehidupan
Merenung dunia yang semakin canggih
Mengharap sesuatu yang mampu mengubah masa depan


Disaat dunia sedang goyah
Tiada lagi barangan yang murah
Untuk mendapatkan wang itu sungguh payah
Namun aku tidak akan menyerah


Hari demi hari
Semakin sukar untuk kuharungi
Bertambah berat beban untuk kugalasi
Usaha dan doa yang mengiringi hari
Supaya Tuhan memudahkan setiap perkara yang aku jalani


Tatkala semua orang saling menuding jari
Aku disini memerhati dengan teliti
Sikap manusia yang tidak pernah puas jika tidak mencaci
Siapalah kita untuk menghakimi
Hanya yang Esa mampu mengadi


Wednesday, 2 November 2016


PUISI 1
TEMA : PERPADUAN



Bangkitlah anak muda
Engkau pewaris bangsa
Jangan engkau leka mengejar dunia
Kelak kau akan binasa


Mari bersatu mengekalkan ukhuwah antara kita
Hormat-meghormati bantu-membantu amalan mulia
Ayuh bersama kita bangkit demi negara tercinta
Harta dan darjat bukan segalanya
Kerana nilai persaudaraan lebih bermakna


Hari demi hari membilang usia
Jangan biarkan pergaduhan sesama kita
Dimana tanah tumpahnya darah kita
Bersama membina perpaduan bangsa